Thursday 13 April 2017

Menu Ramadan - Home Delivery

Rejab..Sha'ban..Ramadhan..hampir tiba. Sekejap je masa berlalu..dah nak bulan puasa. Bulan puasa biasa mesti nak kena fikir apa yang terbaik yang boleh La Cushy offer, YA la selama ini waktu operasi kami siang sahaja, duit untuk beraya nak kena cari jugak. So idea kami menyediakan top 3 menu La Cushy dan menyediakan home delivery... Semoga berjaya dan dapat kami meluangkan masa untuk menghayati bulan Ramadhan yang barakah.


Ini banner promosi kami.. kami harapkan dapat sambutan dari pelanggan yang dah biasa tentu tahu sedapnya ketiga menu diatas.. pelanggan baru diharap cubalah rasa sekarang di La Cushy untuk membuktikan kata-kata kami betul sebelum ramadhan ini.. 'Sedap tentu ingat.. mesti di LA Cushy'.

Juadah berbuka puasa..Bubur Nasi Kangkung Belacan.. senang nk hadam..ada pedas sikit..Laksa Johor kalau nak berlemak rasa ikannya..dengan spaggetti...Laksa Sarang..fuhhh...sedappp..manis ada..masam ada..pedas ada..tak boleh nak ceritaaaa...CUBA LAH.

Oppps.. no telefon yang nak order tu pakai no 0133945455 ya..yg no lagi satu tu ada pembetulan..

Sunday 9 April 2017

Projek Kuih Raya Tahun Lepas

Pertama kali kami memasarkan beberapa jenis kuih untuk dijadikan juadah hari raya kepada pelanggan yang berminat. Pilihan utama yang menjadi kesukaan ramai adalah tart nenas@ 'shell tart', Selain daripada itu ada kuih Suji Kristal, Almond London dan Choc Chips. 

Kami membuat flyers dan edarkan sebanyak mungkin kenalan di Seri Iskandar khasnya pelanggan kami yang setia di La Cushy, kawan-kawan lama di tempat kerja dan kaum keluarga La Cushy. Kami menawarkan juga hamper yang diisi dengan kuih-kuih ini dalam bekas-bekas yang cantik untuk dihantar kepada badan korporat dan alhamdulillah ada syarikat dan individu yang tertarik dan menghubungi kami.

Staf La Cushy memang bertungkus lumus menyiapkan tempahan pelanggan.. kami ucapkan terimakasih kepada semua.







Wednesday 22 March 2017

Pertandingan Premis Restoran Bersih 2017

Agak-agak layak ke nak masuk pertandingan ni..ha ha tiba-tiba dapat surat dari pihak Majlis memaklumkan ada pertandingan RestOran BERsih..terkejut la awak ni. Apalagi minta semua staff bersedia..mana tahu kan.. jangan pulak dapat yang tercorot lak. Kena la jaga standard kan..jangan sesekali jadi TerKenal pasal 'tak bersih' pulak kan.

Kami biasa memang sebelum buka kafe kena bersih..Yang nak menerima customer..bahagian meja makan dan kerusi, lantai dll. Bila nak tutup kafe lak bahagian dapur amatlah penting..mesti 'shining' dan tiada bau..sampah sarap setiap hari semua mesti di buang. Kalau tidak alamat kena tutup hidunglah jawapnya esok dan ada la serangga2 yang berkumpul..hu hu.

Nak jadi cerita .. adala group Majlis datang buat pemeriksaan..semua alatan dapur, kawasan dapur, barang-barang dalam fridge..seram je. Serius pulak pegawai-pegawai Majlis menjalankan kerja. Penguatkuasaan @ peraturan mestilah perkara yang serius Kan..cuma jangan la serius sangat ya dengan kami ni. So tak lama lepas tu kami dapatlah surat jemputan untuk majlis penyampaian hadiah..ok 8.00 pagi tapi kenala datang kan..menyokong usaha Majlis dalam apa jua aktiviti.

Tak sangka dapat sijil sepeti dibawah ni ; Kami memenangi Anugerah Emas untuk Kategori Premis Restoran Tempatan..Yes.Yes.Yes.


Tuesday 14 March 2017

Lama Tak Dengar Cerita..

Kami di Seri Iskandar .. tentunya daerah ini menjadi saksi kami..jatuh dan bangunnya La Cushy..

Berbagai kami tempuh sehingga kini. Rupa-rupanya bukan senang ye kak ..nak buka restoran ni. Phuuuh bermacam-macam la kami usaha juga untuk teruskan.. lesen mesti ada..pekerja mesti terbaik..customer mesti dilayan baik..semua mesti tip top.

Customer yang datang banyak yang memuji..kedai CUN, bersih, CanTik..hai kembang kuncup la ..tidur malam senyum memanjanglah kami ni. MENU! ok sedap.. oleh kerana kami mendapat feedback yang bagus.. Menu kami bertambah dan memenuhi selera TERKINI..Laksa Sarang kat Seri Iskandar..terBaik..tentu di La Cushy. 

LAksa Johor pun ada, Mee Celup..Soto dan berbagai lagi. Sesuai minum pagi..ada menu 'western'..hai tentu la ADA.. English breakfast dengan kopi pekat phew..sedap..Nak makan French Toast dengan Hot Lemon asli..Nyamannn..Caramel Latte dengan Sausage Cheese..Sedappp.

Makan tengahari yang jadi pilihan..Nasi goreng Kari atau Nasi Goreng Butter..yang pedas.. yang tidak pedas..

Minum petang Fritters..CUcor..perasa kelapa sedap Dik cicah dengan sambal..perasa ikan bilis makan itu sahaja dah cukup..fries, onion ring..HA kan banyak kan menu..Jom beramai-ramai penuhkan meja di La Cushy..Kami akan layan anda sebaik mungkin...Anda tahukan lokasi Cafe kami ..cari dengan Waze tulis 'La Cushy Hotel'.. mesti keluar..

Ok datang beramai-ramai..kami tunggu.



 Swedish Meatball pun ada..