Monday 30 September 2013

Hotel Bajet - La Cushy Inn dalam pembinaan

Hujung minggu yang lepas kami melawat kedai kami yang dalam pembinaan. Pihak kontraktor telah memulakan kerja hampir dua minggu. Sampai kami di kedai..alhamdulillah kerja-kerja sedang dijalankan,  separuh dari dinding batu-bata sedang dipasang. Kami berharap kontraktor dapat menyiapkan ruang-ruang bilik dalam hujung bulan Oktober ini.
Kami menyediakan bilik bajet ini untuk memenuhi keperluan kawasan Seri Iskandar, insyaallah ia akan dibuka pada bulan November tahun ini 2013. Kami berharap semuanya berjalan dengan baik dan selamat.


Saturday 28 September 2013

Name to be remember

Nama yang kami pilih akhirnya La Cushy. Apa ya istemewanya nama ni..hm pastinya ada sikit-sikit ala nama sendiri..Shi. Sebelum tu nama QKudap meniti di fikiran sebab ada unsur-unsur old fashion sikit tapi tak dapat pulak persetujuan partner, nama Smallbites nampak menarik tambah kawan kami dah periksa nama tu ada uhmm pula tapi masih lagi tidak memberi impact...sebab perkataan  'small'.
Tiba-tiba je partner sebut dgn berulang-ulang 'La Cushy...' jumpa juga dia setelah lama mencari..


Inilah initial label La Cushy - design by one of our best friend. Thanx to our friend Miss M.


Thursday 26 September 2013

Baking..love it

Bake..wow. Pengalaman dari awal membuat kami begitu teruja...Sifu kami pula sedang sarat mengandung..jadinya kenalah cari dan beli bahan-bahan kek sendiri. Ooo baru tahu kek ini ada jenis-jenisnya..okey. Kami memilih 5 jenis kek yang kami suka makan dan bahan-bahannya kami beli di Chow Kit -Bake with Yen. Kedai ni sahaja yang kami tahu yang berdekatan dengan rumah dan harganya agak murah sedikit dari kedai-kedai yang lain.
Ehm..mahal juga harga barang-barang ni..krim cheese, whipping cream..dll. Patutla kek-kek kat kedai tu mahal yek. Belum lagi kederat yang dikeluarkan berdiri berjam-jam..fuhhh. Letih betul kami, esoknya kami berehat je kat rumah tapi mestilah ajak kawan-kawan datang untuk merasa kek yang dah siap. Komen kawan-kawan memberangsangkan..terimakasih. Kami akan sentiasa ingat..yang penting berani mencuba dan jangan lupa penambahbaikan mana yang perlu.



Wednesday 25 September 2013

Perjalanan Bermula

 
Memulakan sesuatu yang baru memerlukan semangat yang jitu...tentunya banyak halangan tetapi kami tidak akan berputus asa.