Monday 18 November 2013

Sedapnya Roti...Smell..Soft..Sweet..wants more?

Semangat betul rasanya kali ini..bertemu dengan kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama. Memasak Ban Manis, Pizza, Pai dll. Hu..hu pegang doh yang lembut..patut la diberi nama Span. Pegang macam spring la ... bila buat doh sendiri nanti jangan lak tak menjadi. Roti Boy, puff pastri inti sardin semuanya belajar resepi kesukaan...Insyaallah nampaknya tidaklah susah sangat..cuma perlu buat sendiri sehingga cekap.









Friday 8 November 2013

Status terbaru La Cushy Inn

Status kerja nampaknya hanya tunggu kerja kemasan terakhir, semua warna cat, corak jubin dan sebagainya telah dipilih. Kami menunggu kontraktor menyiapkan semua..dijangkakan paling awal sebulan lagi. 
Minggu ini kedai kami dikunjungi oleh saudara-mara yang menyokong kami dari awal..berpuashati dengan kerja-kerja yang tengah berjalan..hanya ada sedikit kerumitan pada kerja-kerja elektrik. Kami semua dah tak boleh bersabar lagi dah...bila agaknya bilik-bilik bajet ini boleh dibuka.
Barang- barang mandian kami dah shopping di Manjung - Warisan Dinamik, En. Zul banyak menolong..sepatutnya hari Sabtu tu cuti Deepavali tapi dia buka juga kedai memandangkan kami yang datang dari jauh. Terimakasih En. Zul tapi tak sempat la nak makan Rojak Manjung Special..tutup ha..ha tak ingat hari tu cuti.
Dinding telah siap di 'plaster' tinggal cat sahaja.

Tandas tinggal pemasangan jubin.
 
Nampaknya La Cushy Inn boleh dibuka bulan Disember, insyaallah..keperluan Majlis pula perlu 2 minggu lagi untuk lulus. Lepas ni signboard pula nak kena cari idea untuk design yang menarik dan sesuai.