Tuesday 21 January 2014

Memilih Peralatan Dapur Untuk Cafe

Selepas siap hotel bajet tumpuan kami kini telah terarah ke Cafe. Konsep cafe telah dibincangkan lama dulu tetapi perlu dibuat lebih terperinci untuk memastikan tiada yang tertinggal. Ruang dapur telah dibahagi tiga, ruang dapur untuk masakan tempatan yang sesuai untuk sarapan dan masakan tengahari, ruang basuh dan akhirnya bakeri.
Peralatan semua telah disenarai pendek dan kami mendapatkan nasihat pakar untuk jenis, bilangan dan susunannya. Kami jangkakan peralatan semua siap pada bulan April dan dihantar ke Seri Iskandar tepat pada masanya.

Monday 13 January 2014

Hotel Bajet -La Cushy di Seri Iskandar

Setelah berhempas pulas selama beberapa minggu, siap akhirnya bajet hotel kami yang ditunggu-tunggu untuk bersaing didalam dunia perhotelan yang masih sedikit kaum bumiputera ceburi. Sebagai insan yang ingin mencuba dan minat dengan mendalam mencari keselesaan di negara orang apa kata kami cuba buka sendiri dan mampukah kami menyediakan khidmat yang bagus. Kami akan cuba yang terbaik , tentunya ayat 'belum cuba belum tahu' sesuai digunakan dan kami pasti pelanggan akan berpuashati.

Khidmat bilik yang menumpukan keselesaan, kebersihan dan lokasi yang berada di tengah-tengah Bandar Seri Iskandar - Seri Iskandar Business Centre sesuai untuk keluarga yang menghantar anak-anak di sekolah asrama penuh di MRSM, Sekolah berasrama, UITM Seri Iskandar, IKBN, Kolej-Kolej dan juga pelajar-pelajar UTP. Apatah lagi boleh membeli-belah di kedai-kedai langsir, baju, karpet, perabut kayu jati dan banyak lagi boleh mengisi masa ibu-ibu, ya la Hari Raya tahun ni dah dekat dah...

Kami menawarkan harga yang berpatutan yang lengkap dengan keperluaan asas dan pelanggan boleh menggunakan khidmat Dobi - Layan diri yang berdekatan yang hanya dengan berjalan kaki, 7-Eleven juga, pilihan-pilihan restoran, Panggung Wayang  dan yang akan dibuka pusat bowling. Iya, segala-gala mudah untuk keperluan sendiri, keluarga dan kawan-kawan yang ingin berkunjung atau bekerja.