Thursday 13 April 2017

Menu Ramadan - Home Delivery

Rejab..Sha'ban..Ramadhan..hampir tiba. Sekejap je masa berlalu..dah nak bulan puasa. Bulan puasa biasa mesti nak kena fikir apa yang terbaik yang boleh La Cushy offer, YA la selama ini waktu operasi kami siang sahaja, duit untuk beraya nak kena cari jugak. So idea kami menyediakan top 3 menu La Cushy dan menyediakan home delivery... Semoga berjaya dan dapat kami meluangkan masa untuk menghayati bulan Ramadhan yang barakah.


Ini banner promosi kami.. kami harapkan dapat sambutan dari pelanggan yang dah biasa tentu tahu sedapnya ketiga menu diatas.. pelanggan baru diharap cubalah rasa sekarang di La Cushy untuk membuktikan kata-kata kami betul sebelum ramadhan ini.. 'Sedap tentu ingat.. mesti di LA Cushy'.

Juadah berbuka puasa..Bubur Nasi Kangkung Belacan.. senang nk hadam..ada pedas sikit..Laksa Johor kalau nak berlemak rasa ikannya..dengan spaggetti...Laksa Sarang..fuhhh...sedappp..manis ada..masam ada..pedas ada..tak boleh nak ceritaaaa...CUBA LAH.

Oppps.. no telefon yang nak order tu pakai no 0133945455 ya..yg no lagi satu tu ada pembetulan..

Sunday 9 April 2017

Projek Kuih Raya Tahun Lepas

Pertama kali kami memasarkan beberapa jenis kuih untuk dijadikan juadah hari raya kepada pelanggan yang berminat. Pilihan utama yang menjadi kesukaan ramai adalah tart nenas@ 'shell tart', Selain daripada itu ada kuih Suji Kristal, Almond London dan Choc Chips. 

Kami membuat flyers dan edarkan sebanyak mungkin kenalan di Seri Iskandar khasnya pelanggan kami yang setia di La Cushy, kawan-kawan lama di tempat kerja dan kaum keluarga La Cushy. Kami menawarkan juga hamper yang diisi dengan kuih-kuih ini dalam bekas-bekas yang cantik untuk dihantar kepada badan korporat dan alhamdulillah ada syarikat dan individu yang tertarik dan menghubungi kami.

Staf La Cushy memang bertungkus lumus menyiapkan tempahan pelanggan.. kami ucapkan terimakasih kepada semua.