Monday 21 October 2013

Mencari barang-barang Vintage

Bukan senang mencari barang-barang yang terpakai yang sesuai, cantik dan murah. Dari Taman Melati hingga ke Semenyih dan balik ke PJ..akhirnya KKL - Kedai Kaki Lelong mempunyai stok yang banyak untuk dipilih. Yang lain tu bukan tidak ada barang yang menarik tapi tidak terbuka hati kami untuk membelinya. Selepas membelek-belek dan berkira-kira akhirnya kuantiti dan harga semua telah diputuskan.
Betulke Uncle Raja ni bagi best price pada kami agaknya, tilam baru Dreamland murah 30% dari harga luar...kerat jari katanya kalau boleh jumpa lebih murah. Dalam keadaan kurang percaya saya menjawap 'Uncle kami bukan gangster la...mahu kerat-kerat jari orang'. Lori untuk mengangkat barang barang ini ke Seri Iskandar perlu juga dicari..siapa lagi kalau tidak Uncle Raja. Berkira-kira masa rupa-rupanya Uncle cuti Deepavali 2hb November ni..jadinya kena hantar hujung minggu ni juga.
Semoga semua berjalan lancar dan kami dapat membuka Hotel Bajet La Cushy Inn on time.



 Kerusi Klasik - Kukuh lagi

No comments:

Post a Comment